Friday 18 January 2013

Awas Jin Pengasih, anda ungkin mangsanya



IKATAN JIN PENGASIH (PEMIKAT)_
Lazimnya Jin pengasih yang digunakan oleh si pemakai untuk memikat wanita@ lelaki lain dalam merealisasikan niat si pemakainya untuk mendapatkan lelaki@wanita idamannya. Pengakhirannya adalah ikatan perkahwinan tanpa rela/kesedaran nyata.Si pemakai menikmati kehidupannya seperti biasa dengan kemegahan dan si mangsa akan menuruti segala perintah si suami/isteri seperti kerbau dicucuk hidungnya.


Penghantaran Jin adalah melalui:

  1. Angin (gambar mangsa)
  2. Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat, minyak bunga tanjung, minyak zaitun /minyak wangin biasa) minyak akan dipuja terlebih dahulu & di masukkan signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa.
Kezaliman ini selalunya tidak kekal lama. Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai. Berdasarkan pengalaman ISMAK RUQYAHperjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun. Si pemakai terpaksa melayan kerenah jin pengasih selagimana dia terikat dengan perjanjian tersebut. 


Perjanjian merangkumi:
  1. Perjanjian Berdarah (menggunakan medium binatang sebagai korban / Pemujaan)
  2. Perjanjian Saka (menjadikan badan si pemakai sebagai ganti makan/ penumpang)
  3. Perjanjian Anak ( Menjadikan anak sebagai ganti upah@ anak didalam perut akan diambil sewaktu mengandung)
  4. Perjanjian Barangan Mistik ie: keris, batu cincin etc (Si pemakai akan melakukan pemujaan & proses pengasapan dengan kemian@rendaman darah binatang)
  5. Perjanjian Ikatan (jin dikawal dari jarak jauh dengan menggunakan ikatan pada benda@pokok@barangan tertentu. Si pemakai mahir menggunakan jin pengasih@ sememangnya seorang tukang sihir)

Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa di:
  1. Kemaluan (lazimnya wanita)
  2. Belakang badan (tulang belakang)
  3. Pinggang (wanita)
  4. Bawah ketiak (kerap Lelaki)
  5. Jantung
  6. bawah dagu 
Terbatalnya perjanjian sekiranya:
  1. Si Pemakai @ yang terkena pakai (mangsa) meninggal dunia
  2. Jin Memberontak (Tuannya gagal memenuhi kehendak perjanjian)
  3. Muallij (Perawat) Berjaya menghapuskan /bakar /curi /potong perjanjian melalui TEROKA BATIN.
  4. Jin tua@ lemah setelah dibelasah Muaallij .
  5. Keluarga Jin pengasih dapat diselamatkan & dibebaskan dari tukang sihir@ si pemakai. (Jin pengasih terpaksa melakukan kerja akibat dipaksa@diugut)
  6. Mangsa sedar dengan Izin Allah swt & pemecahan kesedaran di atas Hidayah Allah swt.
  7. Si mangsa telah melahirkan anak yang pertama@ kedua @ ke tiga. Pemecahan perjanjian yang telah dibuat.
  8. Si pemakai terlanggar sumpah @ si mangsa termakan sesuatu yang elergic bagi jin pengasih (di atas kehendak Allah) contohnya : rebung /madu.

 

Diantara Symtom terkena Jin Pengasih:
  1. Lupa @ sentiasa dalam khayal.
  2. Mimpi Lelaki@ wanita si penyihir berulang kali.
  3. Mimpi kenduri@ berkahwin @ mimpi berahi/syahwat
  4. Mimpi seperti diikat @ benda tertentu. (binatang @ berjumpa jin jantan bagi wanita & jin perempuan bagi wanita)
  5. Mimpi budak-budak/ kanak-kanak
  6. Sering menghidu bau busuk pada masa & hari tertentu. Contohnya: Maghrib / Asar /bau telur hanyir/lumpur@selut /darah/bau badan orang yang biasa kita dekati)
  7. Sukar mengandung.
  8. Sering sakit apabila datang bulan / Kemaluan seperti diikat@ terasa pergerakan didalam Rahim
  9. Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba.
  10. Hilang nafsu makan
  11. Sukar Solat /tidak khusyuk
  12. Sering bercakap sorang2.
  13. Murung /Stress keterlaluan
  14. Merasa diri seperti berada sidalam sangkar @ sukar bernafas.
  15. Sering merindui si pemakai .
  16. Sukar tidur sekiranya si pemakai tiada disisi.


Apabila perjanjian ini terbatal@tawar pesakit@ mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini. Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini & menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir.
Lazimnya mengikut perawatan kami mangsa akan merasa benci, marah & dendam apabila rahsia si pemakai (situkang sihir) terbongkar. Diketika inilah penceraian akan berlaku @ pergaduhan besar.
 

Pelindungan dari terkena Sihir Jin pengasih.
Wanita /Lelaki :
  1. Sering menutup Aurat
  2. Elakan disentuh secara sengaja @ tidak oleh lelaki /perempuan( Pengasih Minyak)
  3. Jangan mendedahkan gambar peribadi anda walaupun hanya gambar muka.
  4. Elakan melihat mata lelaki /perempuan kerana dari mata turun ke hati. (Melalui angin)
  5. Jarakan dalam 4-5 kaki dari lelaki/perempuan yang kita berbicara (Angin- tiupan)
  6. Elakkan makanan/minum yang di berikan oleh lelaki/perempuan. (Angin)
  7. Elakkan memberitahu nama ibu. (angin)
  8. Elakkan menerima hadiah dari seperti minyak wangi, pin tudung, kain sutera.
  9. Jangan menerima sesuatu benda sekiranya anda mendapati benda itu diselaputi minyak @ terdapat bauan tertentu pada baranagn tersebut.
  10. Sentiasa dalam wudhuk @ memakai wangian kasturi di nadi & di belakang telinga.
  11. Sentiasa menjaga Solat & amalan sunat yang lain.
  12. Tidur mengadap kiblat & sebelum tidur bacalah:
  • Subhanallah 33x
  • Alhamdulillah 33x
  • Allahuakbar 34x
  • Selawat Tafrijiah
  • 3 Qul
  • Ayatul Qursi
  • Yasin: 9 (di tiup di telapak tangan & disapu keseluruh badan)
  • Zikir sampai terlena...
Cara terbaik dalam kehidupan harian waktu berkerja adalah Berzikir sepanjang masa, selawat sepanjang hari & sekiranya berasa sesuatu yang tidak menyenangkan(berat hati) apabila bercakap dengan lelaki /perempuan maka berundurlah dari situ @ bacakan fatihah di dalam hati & ditiup seperti tiupan di dalam straw ke arah lelaki /perempuan tersebut tanpa disedari lelaki/perempuan tersebut. Sekiranya dia terbatuk-batuk @ percakapannya tidak tersusun@ tersasul2.. maka ia adalah salah satu symptom bahawa insan ini berniat tidak baik kepada anda. Maka beredarlah dengan alasan tertentu.


Amalan-amalan kekuatan diri:  


sila rujuk di sini: http://ismakruqyah.blogspot.com/2011/09/al-fatihah-selawat-tafrijiah-doa-nabi.html






Kaedah rawatan ISMAK RUQYAH:
  1. Melalui teroka Batin Si pesakit akan mencari sendiri lokasi persembunyian jin di dalam badan.
  2. Proses memusnahkan Perjanjian/surat perjanjian dengan si tukang sihir
  3. Pesakit dilatih untuk menarik sendiri barang sihir & memutuskan segala ikatan (Muallij membantu dalam proses memotong ikatan, dengan izin Allah swt)
  4. Proses mengeluarkan jin dari tubuh badan dengan izin Allah swt. secara diplomasi @ secara paksaan.
  5. Pemulihan melalui zikir & selawat.

# sekadar perkongsian dari kami yang serba kekurangan. Insyaallah semoga menjadi pedoman untuk semua.


No comments:

Post a Comment