Thursday 13 September 2012

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan

Episod no1


Asaalamualaikum w.b.t

Ingin berkongsi pengalaman kepada semua yang terlepas pandang melihat cogan kata atur bicara saya selaku  pesakit Kencing tidak Lawas.
Pada Jun lepas ketika saya berada di Kuala Lumpur menghadiri program Festival Filem Pendek Pelajar tahun 2012 yang bertempat di UITM Shah Alam, saya disapa oleh satu fenomena yang tidak mungkin saya lupakan iaitu sakit Kencing tidak Lawas.
Perasaan ingin sembuh bercampur takut untuk ke hospital menyebabkan saya membiarkan ianya sembuh sendiri tanpa berubat. keranan tidak tahan akan sakit saya mengambil Pain Killer dan tidur. Alhamdulillah apabila jaga dari tidur semuanya seperti sedia kala.

Sikap mengambil mudah ini mengundang padah apabila 12september 2012 saya dikejutkan dari tidur dengan sakit yang amat sangat iaitu sakit Kencing tidak Lawas, ianya lebih parah disebabkan saya tidak dapat berjalan serta melakukan aktiviti harian. Sekali lagi saya mengambil keputusan untuk tidak ke institusi perubatan. Ianya berlarutan ke hari seterusnya 13 septerber 2012.

Saya ke klinik dan doktor memberikan Pain Killer dan sejenis air garam untuk meneutralkan semula air kencing saya yang sudah  mempunyai bakteria. Tetapi ianya masih terasa pedih serta denyutan di bahagian ari-ari. Sekali lagi Pain Killer menyelamatkan saya, apabila keadaan terkawal saya tidur kembali. 

Akan bersambung di episod no2

No comments:

Post a Comment