Monday 6 August 2012

Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran


Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran | Esok merupakan 17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT seperti
ya
ng disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran bermakna kita akan mendapat cuti. Tetapi kita perlu memberikan penghayatan disebalik peristiwa ini. Seperti yang kita maklum. al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30 juzuk dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah S.W.T :
“ Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya BulanRamadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.
Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia dan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai pedoman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”
Nabi berpesan:
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”

* Kita merupakan umat nabi akhir zaman yang mana kitab al-Quran ini sudah sedia dibukukan. Berbanding pada zaman rasulullah SAW dahulu. Tiada sebarang pengumpulan al-Quran pada ketika itu. Tetapi kita yang tinggal baca al-Quran sahaja pun, masih lagi liat untuk membukanya. Semoga pada bulan Ramadhan ini, hati kita dibukakan untuk mempunyai azam membaca al-Quran secara lebih kerap lagi.





Dipetik dari halaman 


No comments:

Post a Comment